Laman web LPPEH – Nak beli rumah, kan? Fuh, bukan setakat duit simpanan bertahun-tahun je yang kita pertaruhkan, tapi kepercayaan kita pada orang yang kita panggil ‘ejen hartanah’. Tapi, dalam ramai-ramai ejen, macam mana nak tahu mana satu yang betul, mana satu yang ‘hantu’? Haa, inilah gunanya ada ‘polis hartanah’ yang kita panggil LPPEH. Dan sekarang, ‘balai polis’ diaorang ni dah pindah alamat online!
Kalau korang tengah ligat cari rumah kat Perak ke, KL ke, mana-mana pun, tolong hadamkan info ni betul-betul. Ini boleh selamatkan duit korang dari hangus macam tu je.
Laman Web LPPEH
Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPPEH) dah tukar alamat laman web rasmi.
Kenapa benda ni penting? Sebab sinilah tempat kita nak sahkan sama ada ejen kita tu betul-betul wujud atau sekadar scammer yang menyamar. Jadi, sila update bookmark korang sekarang!
-
‘Rumah’ Utama LPPEH yang baru ada kat sini: http://lppeh.gov.my
-
Portal untuk kita ‘CSI’ ejen (nama dia BIS Portal) pulak ada kat sini: http://bis.lppeh.gov.my
Jangan tersilap masuk ‘rumah’ lama atau laman web palsu pula. Nanti lain yang dicari, lain yang dapat!
Kenapa Kena Sibuk-Sibuk Cek Ejen Kat Laman Web LPPEH Ni?
“Alah, lecehlah nak cek-cek ni…” Eh, jangan cakap macam tu! Leceh seminit ni boleh selamatkan korang dari menangis bertahun-tahun. Sebelum serah satu sen pun duit booking, ini tiga sebab kenapa korang WAJIB buat semakan ni:
-
Nak Tahu Dia Ejen Betul Ke Ejen ‘Celup’: Ini macam kita semak IC seseorang lah. Nak pastikan orang yang berurusan dengan kita ni bukan broker haram. Dekat portal LPPEH tu, kita boleh tahu nombor pendaftaran (REN/REA) dia tu sahih ke tidak. Inilah benteng pertahanan pertama korang dari kena tipu duit berpuluh ribu!
-
Ada ‘Bodyguard’ Lindungi Korang: Ejen yang berdaftar ni, diaorang terikat dengan undang-undang dan etika kerja yang ketat. Maknanya, diaorang tak boleh buat suka-suka hati. Kalau dia buat hal, kita ada tempat nak mengadu (kat LPPEH lah!). Kalau korang berurusan dengan ejen haram? Haa, kalau kena tipu, memang tak ada siapa boleh tolong. Korang sorang-sorang lah jawabnya.
-
Otak Dia Berisi, Bukan Kosong: Nak jadi ejen berdaftar ni bukan senang, tau. Kena pergi kursus, kena lulus exam. Ini jaminan yang diaorang ada ilmu pasal selok-belok hartanah – dari beza rumah undercon dengan subsale, sampai ke pening lalat beza Freehold dengan Leasehold. Jadi, nasihat yang dia bagi tu lebih berkualiti, bukan main tembak je.
Cara Senang Nak ‘CSI’ Ejen di Portal Baru LPPEH
Jangan risau, tak payah jadi pakar IT pun. Prosesnya senang macam beli barang kat Shopee je:
-
Terjah Portal Rasmi: Buka browser korang dan terus taip alamat ni: https://lpeph.gov.my/search-listing.
-
Cari Butang ‘Siasat’: Scroll ke bawah sikit dan cari butang (di sebelah kiri) atau pilihan untuk “Search for Negotiator” (Carian Perunding Hartanah).
-
Masukkan ‘Nombor’ Ejen: Korang akan nampak beberapa kotak. Tak payah isi semua. Fokus kat satu je: kotak “REN No.”. Taip je nombor REN ejen tu (Contoh: 68112). Yang lain biar kosong.
-
Tekan Butang ‘Cari’: Klik butang “Search”.
-
Tadaa! Hasilnya Keluar: Kalau ejen tu sah, semua maklumat dia akan terpampang: gambar muka, nama penuh, nama syarikat, dan status pendaftaran. Macam profil Facebook, tapi versi rasmi!

Contoh result lepas klik button ‘Search’.
Kalau taip-taip, tapi tak ada apa-apa keluar? Haa, itu red flag besar! Terus angkat kaki dan cari ejen lain. Jangan ambil risiko!
Jangan Jadi Mangsa, Jadilah Pembeli Bijak
LPPEH dah mudahkan kerja kita dengan laman web baru ni. Jadi, sebagai pengguna, kita kena guna kemudahan ni. Jadikan tabiat: jumpa ejen, minta nombor REN, terus semak. Anggap je ni macam SOP wajib sebelum mulakan apa-apa urusan.
Ingat, tindakan kecil ni bukan je jaga duit poket kita, tapi pastikan perjalanan kita nak memiliki rumah idaman tu diuruskan oleh orang yang betul, profesional, dan boleh dipercayai. Jangan dah terhantuk baru nak tengadah
Catatan Penulis: Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan. Individu perlu berunding dengan pakar kewangan atau perunding hartanah sebelum membuat keputusan pembelian hartanah.