Pencapaian Fizah, Ejen Hartanah Berdaftar di Perak

Terima kasih kepada anda yang berterusan menyokong saya sepanjang tahun. Dengan kepercayaan anda, sejak 2023 saya dah bantu ramai pemilik dan pembeli selesaikan urusan jual beli rumah dan tanah di Ipoh dan serata Perak. Inilah hasilnya, Alhamdulillah.

115+Hartanah berjaya dijual
40+Anugerah & pengiktirafan
4Tahun berturut-turut Top Agent
20+Kawasan seluruh Perak
Hafizah Hasan Poo REN 68112, Fizah ejen hartanah berdaftar di Perak, Legacy Real Property Cawangan Ipoh
Hafizah Hasan PooREN 68112 · Berdaftar LPPEH

Sorotan Terkini

Anugerah & Pengiktirafan

Pilih kategori, kemudian klik mana-mana gambar untuk tengok lebih dekat.

Top 9 Sales Award 2025 & Trip ke Bali, Concorde Hotel, Shah Alam · 15 Jun 2026
Top 9 Sales Award 2025 & Trip ke BaliConcorde Hotel, Shah Alam · 15 Jun 2026
Anugerah
2nd Runner Up Suku 1, 2026, The Cabin, Chepor · 10 April 2026
2nd Runner Up Suku 1, 2026The Cabin, Chepor · 10 April 2026
Anugerah
2nd Runner Up Suku 1, 2026, The Cabin, Chepor · 10 April 2026
2nd Runner Up Suku 1, 2026The Cabin, Chepor · 10 April 2026
Anugerah
Top Performer Q3 2025 & Top 8 Q4 2025, Tingkat Valley Meru · 31 Januari 2026
Top Performer Q3 2025 & Top 8 Q4 2025Tingkat Valley Meru · 31 Januari 2026
Anugerah
Top Performer Q3 2025 & Top 8 Q4 2025, Tingkat Valley Meru · 31 Januari 2026
Top Performer Q3 2025 & Top 8 Q4 2025Tingkat Valley Meru · 31 Januari 2026
Anugerah
6 Penghargaan Khas, Majlis Makan Malam Penghargaan, Ipoh · 9 Julai 2025
6 Penghargaan Khas, Majlis Makan Malam PenghargaanIpoh · 9 Julai 2025
Anugerah
1st Runner Up Q4 2024 & Top 9 Q1 2025, Ipoh · 9 Julai 2025
1st Runner Up Q4 2024 & Top 9 Q1 2025Ipoh · 9 Julai 2025
Anugerah
Top Performer Q2 2025 & 1st Runner Up Mac 2025, Ipoh · 9 Julai 2025
Top Performer Q2 2025 & 1st Runner Up Mac 2025Ipoh · 9 Julai 2025
Anugerah
2nd Runner Up April 2025 & Champion Mei 2025, Ipoh · 9 Julai 2025
2nd Runner Up April 2025 & Champion Mei 2025Ipoh · 9 Julai 2025
Anugerah
Majlis Makan Malam Penghargaan Legacy, Ipoh · 9 Julai 2025
Majlis Makan Malam Penghargaan LegacyIpoh · 9 Julai 2025
Anugerah
Anugerah Top Sales Appreciation 2024, Ancasa Hotel, KL · 5 Mei 2025
Anugerah Top Sales Appreciation 2024Ancasa Hotel, KL · 5 Mei 2025
Anugerah
Anugerah Top Rookie, Ancasa Hotel, KL · 5 Mei 2025
Anugerah Top RookieAncasa Hotel, KL · 5 Mei 2025
Anugerah
Penerimaan Anugerah Top Rookie, Ancasa Hotel, KL · 5 Mei 2025
Penerimaan Anugerah Top RookieAncasa Hotel, KL · 5 Mei 2025
Anugerah

Hartanah Yang Berjaya Dijual

Setiap satu ada kisahnya. Pemilik yang dah lega, pembeli yang dah dapat rumah idaman. Pilih tahun untuk lihat.

Taman Meru 2B, Ipoh, 2026
Taman Meru 2B, Ipoh2026
SOLD
Taman Seri Raia, Simpang Pulai, 2026
Taman Seri Raia, Simpang Pulai2026
SOLD
Taman Rekreasi Tambun, Ipoh, 2026
Taman Rekreasi Tambun, Ipoh2026
SOLD
PR1MA Bagan Serai, 2026
PR1MA Bagan Serai2026
SOLD
Taman Meru 2B, Ipoh, 2026
Taman Meru 2B, Ipoh2026
SOLD
Taman Chepor Damai, Chemor, 2026
Taman Chepor Damai, Chemor2026
SOLD
Taman Saga, Ipoh, 2026
Taman Saga, Ipoh2026
SOLD
Anderson Residence, Ipoh, 2026
Anderson Residence, Ipoh2026
SOLD
Residensi PR1MA, Bagan Serai, 2026
Residensi PR1MA, Bagan Serai2026
SOLD
Gunung View, Ipoh, 2026
Gunung View, Ipoh2026
SOLD
Taman Baiduri, Gerik, 2026
Taman Baiduri, Gerik2026
SOLD
Taman Muhibbah, Sungai Siput, 2026
Taman Muhibbah, Sungai Siput2026
SOLD
Putra Pertama, Ipoh, 2026
Putra Pertama, Ipoh2026
SOLD
Legenda, Teluk Intan, 2026
Legenda, Teluk Intan2026
SOLD
Jelutong, Pulau Pinang, 2026
Jelutong, Pulau Pinang2026
SOLD

Kemaskini pada 13 Ogos 2026

Apa Kata Pelanggan

Ulasan sebenar daripada pemilik dan pembeli yang pernah berurusan dengan Fizah, terus dari Google.

★★★★★

"Cik Hafizah ejen yang sangat jujur, cekap, dan sangat trusted, sangat mudah berurusan dengan beliau. Sangat recommended 10/10 👍 Penjualan rumah melalui beliau sangat pantas."

R Rokiah FadzilUlasan Google · Jun 2026
★★★★★

"I had a great experience working with this agent for the sale of my house in Ipoh. From the beginning until completion, everything was handled professionally and efficiently. Communication was clear, updates were consistent…"

A apocaHIGHcommaUlasan Google · Mac 2026
★★★★★

"Alhamdulillah setelah sekian hampir 5 bulan tggu process beli rumah akhirnya dapat jugak. Kak Fizah sangat membantu saya dalam urusan membeli rumah…"

H HADI ChannelUlasan Google · Feb 2026
★★★★★

"Alhamdulillah berurusan dgn Puan Hafizah Hasan tersangat puas hati 👍 saya boleh bgi 10 bintang! Saya beli rumah subsale di Persiaran Seri Ria, dari urusan tgok rumah, submit loan, urusan dgn lawyer dan bank sampailah dpt kunci…"

J Jidee MieUlasan Google · Dis 2025
★★★★★

"Alhamdulillah, terima kasih sangat-sangat pada Puan Fizah. Mudah sangat berurusan dengan beliau. Ejen hartanah yang very trusted dan professional 👍🏼 Puan Fizah sangat membantu dan sangat baik, banyak betul tips dan tunjuk ajar yang dikongsi…"

N nr aini1996Ulasan Google · Dis 2025
★★★★★

"Memudahkan urusan.. Alhamdulillah.. sangat2 membantu dlm urusan jual beli rumah.. 🌟🌟🌟🌟🌟"

S syafira izaUlasan Google · 2025

Ulasan Pelanggan di Google

Baca pengalaman pelanggan yang pernah menjual dan membeli hartanah dengan Fizah — semua ulasan disahkan oleh Google.

Baca Ulasan di Google ↗

Soalan Lazim Jual Beli Hartanah di Perak

Soalan yang paling kerap ditanya oleh pemilik dan pembeli. Tak jumpa jawapan anda? WhatsApp terus, Fizah jawab sendiri.

Berapa komisen ejen hartanah kalau saya nak jual rumah atau tanah?

Yuran profesional ejen berdaftar ditetapkan oleh LPPEH — maksimum 3% daripada harga jualan, tertakluk kepada SST. Fizah ikut kadar rasmi ini, dan bayaran hanya selepas urusan selesai dan anda terima hasil jualan. Tiada caj pendahuluan, tiada kos tersembunyi. Nak berbincang dulu pun tak dikenakan apa-apa bayaran.

Berapa lama proses jual rumah subsale biasanya ambil masa?

Kalau dokumen lengkap dan pembeli lulus pinjaman, biasanya 3 hingga 6 bulan dari tandatangan perjanjian jual beli sampai anda terima baki harga. Bahagian yang selalu makan masa: kelulusan loan pembeli (2 hingga 4 minggu) dan urusan pindah milik di pejabat tanah. Hartanah pegangan pajakan (leasehold) perlukan kebenaran pindah milik daripada kerajaan negeri, jadi tempohnya tambah beberapa bulan lagi. Sepanjang proses, Fizah akan maklumkan status setiap peringkat — anda tak perlu tertanya-tanya sampai mana dah urusan.

Apa dokumen yang saya perlu sediakan untuk jual hartanah?

Yang asas: salinan geran (hakmilik), salinan kad pengenalan, resit cukai tanah dan cukai pintu terkini, serta penyata baki pinjaman kalau rumah masih dalam loan. Geran masih dipegang bank? Itu perkara biasa untuk rumah yang belum habis bayar — peguam akan uruskan dengan pihak bank. Kalau ada dokumen yang hilang atau tak pasti di mana, bagitahu Fizah awal-awal, kebanyakannya boleh dimohon semula.

Saya nak beli rumah. Kena bayar komisen ejen tak?

Tak perlu. Untuk hartanah subsale, komisen ejen ditanggung oleh penjual yang melantik ejen tersebut. Kos sebenar pembeli adalah deposit (biasanya 10% daripada harga), yuran guaman, duti setem dan kos berkaitan pinjaman. Sebelum anda commit apa-apa, Fizah akan bagi anggaran kos penuh supaya tak ada kejutan di tengah jalan.

Macam mana nak pastikan ejen yang saya lantik betul-betul berdaftar?

Minta nombor REN dan semak sendiri di laman rasmi LPPEH (Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta). Nombor pendaftaran Fizah ialah REN 68112, di bawah Legacy Real Property Sdn Bhd E(1) 1925 — boleh semak bila-bila masa. Ini penting: ejen berdaftar terikat dengan Akta 242 dan kod etika MEAS. Kalau berurusan dengan broker tak berdaftar dan berlaku masalah, anda hampir tiada perlindungan undang-undang.

Rumah saya masih ada baki loan bank. Boleh jual ke?

Boleh — malah kebanyakan rumah yang Fizah uruskan pun macam ini. Baki pinjaman akan diselesaikan terus daripada harga jualan melalui peguam, dan anda terima baki bersih selepas tolak. Nak tahu anggaran berapa bersih masuk poket? WhatsApp Fizah dengan penyata loan terkini anda, saya kirakan.

Jual rumah kena bayar cukai tak?

Bergantung berapa lama anda dah pegang hartanah tu. Jual dalam tempoh 5 tahun pertama selepas beli, ada Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT/RPGT) atas untung jualan. Untuk warganegara Malaysia, jual pada tahun keenam dan seterusnya kadarnya 0%. Kadar tepat ikut tahun pelupusan dan status pemilik — Fizah akan semak untuk kes anda, dan anda boleh sahkan dengan kadar semasa di laman LHDN.

Macam mana nak tahu harga pasaran rumah atau tanah saya sekarang?

Jangan main agak. Letak harga terlalu tinggi, iklan anda tersadai berbulan-bulan dan prospek mula curiga; terlalu rendah pula, anda yang rugi. Fizah buat semakan berdasarkan transaksi sebenar yang berlaku di kawasan anda — percuma dan tanpa sebarang obligasi. Guna borang Semak Nilai Hartanah, atau terus WhatsApp. Kalau anda tengah mencari rumah pula, lihat senarai hartanah untuk dijual di Perak yang sentiasa dikemaskini.

Nak hartanah anda jadi kisah kejayaan seterusnya?

Sama ada anda nak jual rumah teres, banglo, tanah kediaman atau tanah pertanian di Ipoh, Batu Gajah, Taiping, Kuala Kangsar dan mana-mana kawasan di Perak, ataupun sekadar nak tahu harga pasaran hartanah anda, hubungi Fizah dulu. Berbincang sahaja, tiada sebarang caj.