Nak Jual atau Beli Rumah di Perak? Saya Sedia Bantu.

Panduan Beli Rumah Subsale di Perak
67 muka surat, dari kira bajet sampai pegang kunci. Dihantar terus ke e-mel anda.
Terima kasih. Semak e-mel anda dalam beberapa minit.
Kalau tiada dalam Inbox, lihat folder Spam atau Promotions.
Ada soalan tentang rumah yang anda minat? WhatsApp Fizah
- Apa yang anda dapat:
- Kira bajet, kelayakan loan dan kos sebenar selepas booking
- Apa nak tengok masa lawatan rumah dan cara semak geran
- Runding harga, penilaian bank, SPA hingga dapat kunci
- Senarai semak lengkap dari bajet ke kunci
Kenapa Lebih 300 Pemilik & Pembeli Rumah Pilih Fizah di Perak?
Kami bukan sekadar ejen hartanah biasa. Kami adalah rakan kepercayaan anda dalam semua urusan jual beli hartanah di Perak. Dengan pengalaman luas sebagai ejen hartanah di Perak, meliputi Ipoh, Taiping, Manjung, Tanjung Malim, Chemor, Kuala Kangsar, Batu Gajah, Teluk Intan, dan kawasan sekitarnya, kami bantu selesaikan proses dari mula hingga selesai – cepat, selamat dan tanpa memeningkan kepala anda.
Ejen Hartanah Berdaftar (REN) & Sah LPPEH
Dipercayai dan diiktiraf. Semua urusan hartanah Perak anda dijamin sah dari segi undang-undang.
Pakar Hartanah Perak
Fokus di seluruh daerah dalam negeri Perak. Sebagai Pakar Hartanah Perak, saya mempunyai pengetahuan mendalam tentang pasaran tempatan di Ipoh, Chemor, Kuala Kangsar, dan seluruh Perak untuk membantu anda.
Panduan Jual Beli Lengkap A–Z
Kami uruskan semuanya untuk urusan hartanah di Perak anda – dari semakan harga pasaran, semakan pinjaman, hingga ke guaman & tukar nama.
Servis Pantas & Mesra Pelanggan
Respons dalam masa kurang 1 jam. Bahasa mudah difahami. Ikhlas bantu sampai selesai urusan hartanah anda di Perak.
Apa Kata Klien Kami Tentang Perkhidmatan Ejen Hartanah Perak Ini?
Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Fizah yang telah membantu mencairkan aset saya yang ini. Puan memang terbaik dan ejen yang rajin. Maaf ya kalau ada apa-apa kesilapan saya selama kita berurusan. saya ucapkan puan terus berjaya! Yang sempoinya kita berurusan aset 1/2 juta tapi tak pernah jumpa pun. Tapi mission accomplished!
Encik IshakPemilik Rumah Taman Meru Perdana
Asslammualaikum Puan Fizah. Terima kasih permudahkan urusan jual tanah saya. Tanpa bantuan puan susah saya nak dapat buyer. Proses pun cepat je. Semoga dipermudahkan urusan puan sekeluarga seperti mana puan permudahkan urusan saya. Terima kasih.
Encik KhairiPemilik Tanah Larut Matang
Wow! Fizah, you memang efficient. I will have to inform my brother in law and husband ya. Update you later! Call me anytime when you're free! Thanks.
Miss AlicePemilik Rumah Teres Taman Desa Aman
Disahkan di Google: Ulasan Sebenar Pelanggan Kami
Ulasan sebenar daripada pemilik dan pembeli yang pernah berurusan dengan Fizah, terus dari Google.
"Cik Hafizah ejen yang sangat jujur, cekap, dan sangat trusted, sangat mudah berurusan dengan beliau. Sangat recommended 10/10 👍 Penjualan rumah melalui beliau sangat pantas."
"I had a great experience working with this agent for the sale of my house in Ipoh. From the beginning until completion, everything was handled professionally and efficiently. Communication was clear, updates were consistent…"
"Alhamdulillah setelah sekian hampir 5 bulan tggu process beli rumah akhirnya dapat jugak. Kak Fizah sangat membantu saya dalam urusan membeli rumah…"
"Alhamdulillah berurusan dgn Puan Hafizah Hasan tersangat puas hati 👍 saya boleh bgi 10 bintang! Saya beli rumah subsale di Persiaran Seri Ria, dari urusan tgok rumah, submit loan, urusan dgn lawyer dan bank sampailah dpt kunci…"
"Alhamdulillah, terima kasih sangat-sangat pada Puan Fizah. Mudah sangat berurusan dengan beliau. Ejen hartanah yang very trusted dan professional 👍🏼 Puan Fizah sangat membantu dan sangat baik, banyak betul tips dan tunjuk ajar yang dikongsi…"
"Memudahkan urusan.. Alhamdulillah.. sangat2 membantu dlm urusan jual beli rumah.. 🌟🌟🌟🌟🌟"
Ulasan Pelanggan di Google
Baca pengalaman pelanggan yang pernah menjual dan membeli hartanah dengan Fizah — semua ulasan disahkan oleh Google.
Baca Ulasan di Google ↗Strategi Kami untuk Bantu Anda Jual Rumah Dengan Tenang
Kami tak hanya pasang iklan. Sebagai ejen hartanah Perak anda, kami rancang strategi jualan hartanah langkah demi langkah untuk pastikan rumah anda di Perak (termasuk Ipoh dan sekitarnya) terjual cepat, selamat dan ikut prosedur sah.
- Semakan Nilai Pasaran Terkini Hartanah di Perak:Supaya anda tahu harga jualan yang munasabah.
- Urusan Dokumentasi & Senarai Hartanah Profesional:Termasuk gambar profesional dan salinan geran.
- Iklan Hartanah Perak Berkesan:Diiklankan di Mudah.my, Youtube, TikTok, Facebook, & rangkaian pembeli sedia ada kami yang mencari hartanah di Perak.
- Tapisan Pembeli Serius Sahaja untuk Hartanah Anda:Elak buang masa, hanya yang lulus awal sahaja kami bawa.
- Urusan Peguam, LPPSA & Bank untuk Hartanah Perak:Kami bantu semak loan, urus guaman, GTR & stamping.
- Penyerahan Kunci & Tutup Fail Jualan Hartanah:Proses selesai – Pemilik: Anda dapat wang bersih ke akaun. Pembeli: Anda dapat kunci rumah.
Semua ini kami urus untuk anda — jual hartanah Perak anda tanpa pening kepala.
Insya-Allah, dengan strategi teruji dan profesionalisme saya sebagai Perunding Hartanah Perak Berdaftar, yakin dan penuh komitmen untuk memastikan hartanah anda terjual dengan jayanya.
Senarai Hartanah Terbaik di Perak
Pilihan hartanah di Perak yang selamat, di lokasi popular seperti Ipoh, Meru (Bandar Meru Raya), Tasek, Klebang, serta kawasan lain di seluruh Perak, sedia untuk didiami.
Anugerah & Pengiktirafan
Pilih kategori, kemudian klik mana-mana gambar untuk tengok lebih dekat.

Anugerah

Anugerah

Anugerah

Anugerah

Anugerah

Anugerah

Anugerah

Anugerah

Anugerah

Anugerah

Anugerah

Anugerah

Anugerah

Anugerah

Anugerah

Anugerah
Hartanah Yang Berjaya Dijual
Setiap satu ada kisahnya. Pemilik yang dah lega, pembeli yang dah dapat rumah idaman. Pilih tahun untuk lihat.

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD

SOLD
Soalan Lazim Jual Beli Hartanah di Perak
Soalan yang paling kerap ditanya oleh pemilik dan pembeli. Tak jumpa jawapan anda? WhatsApp terus, Fizah jawab sendiri.
Berapa komisen ejen hartanah kalau saya nak jual rumah atau tanah?
Yuran profesional ejen berdaftar ditetapkan oleh LPPEH — maksimum 3% daripada harga jualan, tertakluk kepada SST. Fizah ikut kadar rasmi ini, dan bayaran hanya selepas urusan selesai dan anda terima hasil jualan. Tiada caj pendahuluan, tiada kos tersembunyi. Nak berbincang dulu pun tak dikenakan apa-apa bayaran.
Berapa lama proses jual rumah subsale biasanya ambil masa?
Kalau dokumen lengkap dan pembeli lulus pinjaman, biasanya 3 hingga 6 bulan dari tandatangan perjanjian jual beli sampai anda terima baki harga. Bahagian yang selalu makan masa: kelulusan loan pembeli (2 hingga 4 minggu) dan urusan pindah milik di pejabat tanah. Hartanah pegangan pajakan (leasehold) perlukan kebenaran pindah milik daripada kerajaan negeri, jadi tempohnya tambah beberapa bulan lagi. Sepanjang proses, Fizah akan maklumkan status setiap peringkat — anda tak perlu tertanya-tanya sampai mana dah urusan.
Apa dokumen yang saya perlu sediakan untuk jual hartanah?
Yang asas: salinan geran (hakmilik), salinan kad pengenalan, resit cukai tanah dan cukai pintu terkini, serta penyata baki pinjaman kalau rumah masih dalam loan. Geran masih dipegang bank? Itu perkara biasa untuk rumah yang belum habis bayar — peguam akan uruskan dengan pihak bank. Kalau ada dokumen yang hilang atau tak pasti di mana, bagitahu Fizah awal-awal, kebanyakannya boleh dimohon semula.
Saya nak beli rumah. Kena bayar komisen ejen tak?
Tak perlu. Untuk hartanah subsale, komisen ejen ditanggung oleh penjual yang melantik ejen tersebut. Kos sebenar pembeli adalah deposit (biasanya 10% daripada harga), yuran guaman, duti setem dan kos berkaitan pinjaman. Sebelum anda commit apa-apa, Fizah akan bagi anggaran kos penuh supaya tak ada kejutan di tengah jalan.
Macam mana nak pastikan ejen yang saya lantik betul-betul berdaftar?
Minta nombor REN dan semak sendiri di laman rasmi LPPEH (Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta). Nombor pendaftaran Fizah ialah REN 68112, di bawah Legacy Real Property Sdn Bhd E(1) 1925 — boleh semak bila-bila masa. Ini penting: ejen berdaftar terikat dengan Akta 242 dan kod etika MEAS. Kalau berurusan dengan broker tak berdaftar dan berlaku masalah, anda hampir tiada perlindungan undang-undang.
Rumah saya masih ada baki loan bank. Boleh jual ke?
Boleh — malah kebanyakan rumah yang Fizah uruskan pun macam ini. Baki pinjaman akan diselesaikan terus daripada harga jualan melalui peguam, dan anda terima baki bersih selepas tolak. Nak tahu anggaran berapa bersih masuk poket? WhatsApp Fizah dengan penyata loan terkini anda, saya kirakan.
Jual rumah kena bayar cukai tak?
Bergantung berapa lama anda dah pegang hartanah tu. Jual dalam tempoh 5 tahun pertama selepas beli, ada Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT/RPGT) atas untung jualan. Untuk warganegara Malaysia, jual pada tahun keenam dan seterusnya kadarnya 0%. Kadar tepat ikut tahun pelupusan dan status pemilik — Fizah akan semak untuk kes anda, dan anda boleh sahkan dengan kadar semasa di laman LHDN.
Macam mana nak tahu harga pasaran rumah atau tanah saya sekarang?
Jangan main agak. Letak harga terlalu tinggi, iklan anda tersadai berbulan-bulan dan prospek mula curiga; terlalu rendah pula, anda yang rugi. Fizah buat semakan berdasarkan transaksi sebenar yang berlaku di kawasan anda — percuma dan tanpa sebarang obligasi. Guna borang Semak Nilai Hartanah, atau terus WhatsApp. Kalau anda tengah mencari rumah pula, lihat senarai hartanah untuk dijual di Perak yang sentiasa dikemaskini.
Nak hartanah anda jadi kisah kejayaan seterusnya?
Sama ada anda nak jual rumah teres, banglo, tanah kediaman atau tanah pertanian di Ipoh, Batu Gajah, Taiping, Kuala Kangsar dan mana-mana kawasan di Perak, ataupun sekadar nak tahu harga pasaran hartanah anda, hubungi Fizah dulu. Berbincang sahaja, tiada sebarang caj.









