Fizah nak kongsi satu berita gembira tentang kejayaan jualan 3 unit Projek Baharu Rumah Teres Setingkat Plumeria Seri Iskandar. Projek ni memang menarik, dengan harga bermula daripada RM250,000 sahaja. Tak sangka, sambutan sangat menggalakkan, dan sekarang tinggal 2 unit je lagi yang masih tinggal!
Projek Rumah Teres Setingkat di Plumeria Seri Iskandar

Ianya terletak di Seri Iskandar, Perak. Lokasi memang strategik, ditambah pula dengan keluasan tapak rumah 1,431 sqft (22×65). Plumeria ni terletak di Bandar U Seri Iskandar (BUSI), Perak, yang merupakan Bandar Pendidikan Bersepadu. Projek baru ni ada 152 unit rumah teres setingkat. Unit ni memang terhad, dan Fizah berjaya jual 3 unit setakat ni. Cumanya sekarang ni tinggal 2 unit je masih belum terjual.
✅ Pemaju: Hua Yang Berhad
✅ Keluasan Tapak: 1,431 sqft (22×65)
✅ Bilik Tidur: 3
✅ Bilik Air: 2
✅ Ruang Parkir: 2
Kemudahan Setempat di Plumeria Seri Iskandar
Sebelum Fizah mula promosikan projek ni, Fizah buat kajian dulu tentang kawasan Seri Iskandar ni. Tempat ni memang pesat membangun dan ada banyak kemudahan. Antara tarikan utama ialah akses mudah ke Lebuhraya Ipoh – Lumut dan Lebuhraya WCE. Dengan lokasi yang strategik, ramai pembeli yang berminat nak tinggal kat sini sebab senang untuk ke bandar-bandar utama macam Ipoh, Lumut, dan Batu Gajah.
Suasana di Seri Iskandar ni juga sangat tenang, jauh dari hiruk-pikuk bandar besar. Jadi, ia sesuai sangat untuk mereka yang nakkan kediaman yang lebih santai tapi masih dekat dengan kemudahan. Fizah tekankan kelebihan ni kepada bakal pembeli, sebab ramai yang nak rumah yang aman tapi masih dekat dengan bandar.
Setiap unit Plumeria ni saiznya 22’ x 65’ dengan keluasan binaan 851sq.ft. Ada 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu luas, anjung kereta, siling tinggi, dan lengkap dengan Internet Berkelajuan Tinggi (Fibre-Optic). Suasana pun cozy, dengan kehijauan alam sekitar, udara yang segar dan sejuk, memang tenang dan selamat untuk keluarga. Bandar U pula tawarkan rumah impian dengan reka bentuk moden dan harga yang berpatutan. Kawasan ni dikelilingi kemudahan lengkap macam universiti terbaik (UTP & UiTM), Lotus (Tesco), dan jabatan kerajaan.
Pembeli Dapat Percuma…
Salah satu cara Fizah berjaya menarik pembeli adalah dengan memastikan semua info tentang projek ni jelas dan mudah difahami. Fizah tekankan kelebihan seperti tempahan hanya RM100, peguam percuma, dan MOT percuma. Semua ni bagi keyakinan tambahan kepada pembeli bahawa mereka buat pilihan yang betul. Oh ye, MOT tu Memorandum of Transfer.

Salah seorang pembeli Projek Plumeria sedang tandatangan LO dan SPA.

Team Legacy Ipoh di Plumeria Seri Iskandar.
Fizah juga aktif memasarkan projek ni di media sosial dan laman web hartanah. Dengan usaha berterusan ni, Fizah berjaya menarik minat pembeli pertama kali dan juga pelabur yang nak buat pelaburan jangka panjang.
Kini Tinggal 2 Unit Sahaja!
Kalau ada yang berminat nak beli rumah di lokasi strategik dengan harga yang cukup murah, jangan lepaskan peluang ni! Dengan tempahan hanya RM100, dan anda dapat peguam percuma serta Memorandum of Transfer (MOT) percuma, memang berbaloi. Ini peluang yang jarang-jarang ada, terutamanya untuk mereka yang cari kediaman di kawasan yang sedang pesat membangun.
Jom hubungi Fizah hari ni untuk info lanjut tentang projek ni. Jangan tunggu lama-lama, nanti habis!
Catatan Penulis: Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan. Individu perlu berunding dengan pakar kewangan atau perunding hartanah sebelum membuat keputusan pembelian hartanah.