Lawyer Fee Rumah – Kenapa Kena Bayar Dua Kali

Senang cerita macam ni: Bila anda beli rumah, anda sebenarnya sain dua surat perjanjian besar yang tak ada kena-mengena antara satu sama lain:

  1. Satu dengan Penjual: Ini surat janji jual beli (kita panggil SNP atau SPA). Anda janji nak beli, dia janji nak jual. Titik.

  2. Satu lagi dengan Bank/LPPSA: Ini surat janji hutang (Perjanjian Pinjaman). Anda janji nak bayar balik duit yang anda pinjam.

Macam bil TNB dengan bil Air Selangor lah. Dua benda berbeza, kan? Jadi, peguam pun kena buat dua kerja berbeza. Sebab tu ada dua bil!

Kerja Peguam #1: Urusan Jual Beli (SNP)

Yang ini adalah untuk pastikan rumah tu sah jadi milik anda. Peguam yang uruskan SNP ni, dia macam detektif peribadi anda. Apa dia buat?

  • Dia Jadi Stalker Tanah: Dia akan siasat habis-habisan status tanah tu kat pejabat tanah. Ada orang lain dah ‘cop’ (kaveat) ke? Tanah tu ada masalah ke? Dia pastikan anda tak beli “kucing dalam guni.”

  • Dia Siapkan ‘Surat Cinta’ (SNP): Dia akan draf perjanjian jual beli yang jaga kepentingan anda. Semua benda dia letak dalam tu: harga, tempoh, siapa tanggung apa. Biar hitam putih!

  • Dia Jadi Runner Tukar Nama: Lepas semua settle, dialah yang akan uruskan proses tukar nama dalam geran (guna Borang 14A/MOT). Ini kerja paling penting!

  • Dia Settlekan Cukai LHDN: Duti setem untuk tukar nama tu pun dia yang kirakan dan uruskan bayarannya.

Pendek kata, peguam ni pastikan rumah tu selamat dan sah jadi milik anda.

Kerja Peguam #2: Urusan Pinjaman (Hutang dengan Bank/LPPSA)

Yang ini pula, peguamnya kerja untuk pastikan pihak yang bagi pinjam duit tu (bank atau LPPSA) tak rugi.

A. Kalau Pinjam dengan Bank Komersial

Bank akan suruh anda guna peguam dari senarai panel dia. Kenapa? Sebab peguam ni kerja untuk JAGA KEPENTINGAN BANK. Tugas dia:

  • Siapkan semua dokumen hutang.

  • Pastikan nama bank ‘dicop’ atas geran anda sebagai pemegang gadaian. Maksudnya, selagi hutang tak habis bayar, anda tak boleh suka-suka jual rumah tu.

  • Uruskan pengeluaran duit pinjaman kepada penjual.

Tips Pro: Cuba lantik peguam yang sama untuk SNP dan pinjaman. Dengan syarat, peguam SNP anda tu ada dalam panel bank. Ini akan jimatkan masa dan pening kepala!

B. Kalau Pinjam dengan Kerajaan (LPPSA) – Haa, Yang Ni Kena Hati-Hati!

Bagi staf kerajaan, anda bebas nak pilih mana-mana peguam. LPPSA tak ada panel. Nampak macam bagus, kan? Tapi di sinilah ramai yang tersilap langkah!

Tolong, Tolong, Tolonggg jangan pilih peguam semata-mata sebab dia murah! Anda WAJIB cari peguam yang memang ‘masak’ dengan sistem LPPSA. Saya dah tengok banyak kes, sebab pilih peguam tak biasa buat LPPSA, dokumen sangkut berbulan-bulan. Penjual dah bising, anda pun stres. Peguam yang pakar LPPSA tahu selok-belok sistem online mereka dan tahu apa nak buat kalau ada masalah. Jangan main-main bab ni!

Macam Mana Dia Kira Semua Ni? Ada Formula Ke?

Ya, ada. Kos guaman ni bukan harga peguam reka sendiri. Ia dikawal oleh undang-undang (Perintah Saraan Peguam Cara 2023).

Ringkasnya, untuk rumah harga RM500,000 ke bawah, yuran profesionalnya adalah 1.25%.
(Formula ni sama untuk yuran SNP dan yuran pinjaman).

Tapi Ingat! Atas yuran tu, ada lagi “kos-kos renyah lain” (Disbursements). Ini duit yang peguam dahulukan untuk anda: bayar duti setem, kos carian tanah, fotostat, runner, etc.

Jom Kita Buat Kira-Kira Kasar (Contoh Drama Rumah RM400,000)

Katakan harga rumah & pinjaman LPPSA anda RM400,000.

  1. Kos Guaman SNP:

    • Yuran Peguam: (RM400,000 x 1.25%) = RM5,000

    • Kos Renyah + Duti Setem MOT: Anggaran kasar dalam RM4,000 – RM5,000 (kalau anda bukan pembeli rumah pertama).

  2. Kos Guaman Pinjaman LPPSA:

    • Yuran Peguam: (RM400,000 x 1.25%) = RM5,000

    • Kos Renyah: Anggaran kasar dalam RM1,000 – RM2,000 (Duti setem pinjaman kerajaan biasanya dikecualikan).

Total Anggaran Kena Sedia? Dalam lingkungan RM15,000 – RM17,000. Nampak banyak, kan? Sebab tu kena rancang dari awal!

Tips Pro Lawyer Fee Rumah

  1. Minta Sebut Harga Hitam-Putih: Dari awal, minta peguam senaraikan semua kos secara terperinci. Jangan setakat cakap mulut.

  2. Guna Satu Peguam (Kalau Boleh): Macam saya cakap tadi, kalau peguam SNP anda ada dalam panel bank, guna je dia. Senang nak berurusan.

  3. Jangan Cari yang Paling Murah, Cari yang Paling ‘Masak’ (Pakar): Ini nasihat paling penting saya boleh bagi. Pilih peguam murah tapi tak cekap, ibarat jumpa doktor salah bagi ubat. Proses jadi lambat, anda yang rugi lebih banyak nanti. Terutamanya untuk kes LPPSA!

Lawyer Fee Rumah

Sekarang dah clear kan kenapa ada dua yuran guaman? Ia bukan sebab peguam nak untung lebih, tapi sebab memang ada dua set kerja yang berbeza. Kunci utama ialah PERANCANGAN. Bila anda dah tahu anggaran kos ni dari awal, anda boleh simpan duit dan takdelah terkejut sangat.

Kalau ada apa-apa lagi yang buat anda garu kepala, roger je saya atau mana-mana perunding hartanah yang anda percaya. Jangan malu bertanya, nanti sesat jalan, lagi parah.



Catatan Penulis: Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan. Individu perlu berunding dengan pakar kewangan atau perunding hartanah sebelum membuat keputusan pembelian hartanah. eBook Hartanah di Perak