Cara Jual Rumah di Ipoh: Ini Sebab Sebenar Rumah Anda Masih Tak Terjual
Ada pemilik rumah hubungi saya minggu lepas. Iklan dah empat bulan jalan. Viewing dah ada. Tapi semua orang yang datang balik dengan jawapan yang sama. “Nanti kami fikir dulu.” Lepas tu senyap.
Pemilik rumah dah mula fikir nak turunkan harga. Dah mula fikir mungkin pasaran Ipoh memang tengah slow.
Bila saya tengok iklan rumah dia, saya faham terus kenapa.
Rupa-rupanya harga over price. Harga lari terus dari pasaran semasa. Gambar pula diambil waktu malam. Kelam dan tak jelas. Ejen yang uruskan pula cuma ada satu listing kat satu portal. Itu je yang dibuat selama empat bulan.
Ini bukan masalah pasaran. Ini masalah yang boleh diselesaikan. Dan kalau anda tengah fikir cara jual rumah di Ipoh dengan lebih cepat, baca dulu sampai habis.
Harga Yang Kita Nak, Bukan Harga Yang Pasaran Nak
Ini bab yang paling susah nak dengar. Bila letak harga rumah sendiri, kita secara semula jadi akan berat sebelah. Kita fikir pasal berapa dah habis renovate, berapa tahun jaga rumah tu, betapa strategik lokasi tu.
Tapi pembeli tak kisah pasal semua tu.
Dia tengok satu benda sahaja: Berapa rumah jenis sama terjual kat kawasan yang sama baru-baru ni.
Kalau harga anda lari dari angka tu, dia tak akan datang argue. Dia akan pergi tengok rumah lain.
Tambun lain pasarannya dengan Chemor. Bercham lain dengan Meru. Menglembu, Batu Gajah, Kampar, Seri Iskandar, setiap kawasan ada harga semasa tersendiri. Apa yang jiran jual dua tahun lepas dah tak relevan untuk hari ini.
Jadi, pemilik perlu semak dulu. Kemudian baru letak harga.
Gambar Teruk Lebih Bahaya Daripada Tiada Iklan
Ini paling serius tapi pemilik selalu ambil mudah.
Pembeli yang scroll portal hartanah tu buat keputusan dalam tiga saat. Gambar gelap, cermin nampak bayangan orang yang ambil gambar, baju bergantung kat belakang pintu. Semua tu bagi isyarat yang salah sebelum pembeli sempat tengok apa yang rumah tu sebenarnya ada.
Walaupun rumah tu cantik. Walaupun harga okay. Gambar buruk dah bunuh peluang tu dari awal.
Tak perlu bayar sesiapa pun. Cukup ambil waktu pagi, bukak semua langsir, hidupkan lampu, kemas dulu betul-betul sebelum snap. Berdiri kat penjuru bilik, bukan kat tengah pintu. Hasilnya memang lain.
Dan bila pembeli datang viewing, keadaan rumah masa tu pun penting. Bau rumah, lampu semua berfungsi ke tidak, lantai bersih ke tidak. Otak manusia proses benda-benda ni dalam beberapa saat pertama. Kesannya kekal sepanjang viewing.
Dokumen Jangan Tunggu Last Minit
Bila pembeli serius dah muncul dan harga dah setuju, momentum masa tu adalah emas.
Tapi kalau penjual masa tu baru nak mula cari geran, baru nak kejar bil taksiran sana sini, momentum tu hilang. Pembeli mula rasa was-was.
Sediakan sekarang. Geran, IC, bil cukai tanah, bil taksiran, penyata baki loan. Letak dalam satu fail. Bila masa tu tiba, anda boleh keluarkan dalam lima minit. Kecil je perkara ni tapi ia yang bezakan urusan yang jalan lancar dengan yang tersangkut di tengah jalan.
Ejen Yang Ambil Listing Anda Tu Buat Apa Sebenarnya?
Bukan semua ejen buat kerja yang sama walaupun nampak sama dari luar.
Ada yang upload satu iklan, letak nombor telefon, lepas tu tunggu telefon berbunyi.
Ada juga yang kerja setiap hari untuk rumah anda. Buat iklan berbayar, ada database pembeli sendiri, kongsi dalam rangkaian ejen lain seluruh Malaysia, update anda setiap minggu.
Kalau rumah anda dah berbulan dalam tangan seseorang dan masih tiada pembeli, itu dah cukup bagi anda gambaran yang jelas.
Bukan Semua Yang Minat Tu Layak Dapat Loan
Ini realiti yang ramai penjual tak bersedia untuk hadap.
Ada pembeli yang datang viewing, suka rumah, setuju harga. Tapi bila apply pinjaman rumah, bank reject. Bukan dia nak tipu sesiapa. Dia sendiri pun tak tahu kelayakan dia sebelum terjebak dalam proses. Dan anda dah buang tiga empat bulan untuk sesuatu yang takkan ke mana-mana.
Perunding yang baik saring perkara ni dari awal. Bukan untuk halang orang beli. Tapi untuk pastikan masa semua pihak tak terbuang.
Soalan Yang Selalu Ditanya
Rumah ada baki loan masih boleh dijual? Boleh. Sangat biasa. Peguam akan uruskan pelepasan gadaian.
Perlu buat penilaian rasmi dulu? Tak wajib. Tapi semakan nilai pasaran awal elakkan kesilapan harga yang tangguhkan cara jual rumah di Ipoh anda dari berjaya.
Berapa lama biasanya proses di Ipoh? Rumah yang harganya tepat dan dipasarkan dengan betul boleh dapat pembeli serius dalam beberapa minggu. Yang berbulan-bulan tu biasanya ada satu dua perkara yang belum diselesaikan.
Saya Fizah. Perunding hartanah aktif di Ipoh dan sekitar Perak.
Kalau anda nak tahu nilai pasaran semasa rumah anda, atau sekadar nak pendapat kedua tentang kenapa rumah lambat terjual, hubungi saya. Perbincangan awal percuma.
Catatan Penulis: Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan. Individu perlu berunding dengan pakar kewangan atau perunding hartanah sebelum membuat keputusan pembelian hartanah.