Perbezaan Freehold dan Leasehold yang masih menjadi tanda tanya ramai orang sehingga kini. Masih ramai yang risau untuk membeli hartanah berstatus Leasehold, walaupun membeli tanah berstatus Freehold lebih mahal. Berikut adalah ringkasan penting untuk memahami perbezaan antara hartanah Leasehold dan hartanah Freehold.

Pemilikan

Hartanah Freehold dimiliki oleh orang perseorangan. Boleh jadi juga hartanah itu dibeli atau dihadiahkan oleh seseorang.

Jika hartanah itu Leasehold, ia dimiliki oleh kerajaan. Tanah itu tidak dijual, tetapi dipajakkan oleh kerajaan kepada individu atau pemaju yang membangunkan rumah.

Tempoh Pajakan

Freehold tidak memerlukan pajakan, kerana tanah itu dibeli. Apabila hak milik berpindah, nama pemiliknya adalah individu atau syarikat, dan bukannya kerajaan.

Hartanah Leasehold pula dipajak selama 99 tahun. Setelah tempoh pajakan berakhir, hanya perlu memperbaharui tempoh pajakan sahaja. Kerajaan hanya memberikan pajakan untuk tanah Leasehold.

Harga

Hartanah dengan status Freehold biasanya lebih mahal daripada Leasehold. Ini kerana pemaju membeli tanah tersebut untuk mendirikan bangunan.

Jika hartanah itu Leasehold, pemaju hanya membayar premium kepada kerajaan untuk mendapatkan pajakan selama 99 tahun. Pemaju tidak membeli tanah itu. Tetapi ada juga hartanah Leasehold yang dijual dengan harga yang mahal. Ini disebabkan oleh lokasi yang sudah berkembang dan nilai premiumnya yang tinggi.

Tanah Yang Akan Diambil

Ramai yang keliru dalam perkara ini. Kerajaan tidak sewenang-wenangnya mengambil sesuatu tanah disebabkan status Leasehold. Kerajaan mengambilnya kerana faktor persekitaran dan potensi kawasan tersebut. Walau rumah berstatus Freehold sekali pun, kerajaan akan mengambilnya jika perlu atas tujuan pembangunan. Sekiranya kerajaan mengambil hartanah tersebut, pampasan akan diberikan kepada bekas pemilik.

Rumah Yang Bakal Diroboh

Tidak semudah itu untuk meruntuhkan binaan. Jika kawasan itu sudah berkembang, kepadatan penduduk sudah tinggi, tidak ada keperluan untuk kerajaan mengambil semula hartanah Leasehold tersebut. Walau pun ia dimiliki oleh kerajaan sekali pun. Kerajaan hanya akan teruskan pajakan dan pajakan itu boleh diperbaharui selepas 99 tahun.

Khuatir Bayaran Premium

Hartanah Freehold tidak memerlukan premium. Anda boleh tinggal lebih dari 100 tahun tanpa membayar pajakan. Tetapi hartanah Leasehold perlu mengeluarkan kos untuk memperbaharui tempoh pajakan. Anda tidak perlu risau tentang kadar premium, kerana hidup kita semua rata-ratanya mungkin tidak sampai 100 tahun. Jadi, anda terbebas dari membayar premium itu.

Anak Penyambung Legasi

Adakah anak-anak anda akan terus tinggal di tempat yang sama? Kita tidak dapat memastikan bahawa mereka akan terus berada di tempat asal. Mereka mungkin membeli rumah di kawasan yang jauh, bekerja di tempat lain, atau bahkan berkahwin di destinasi yang berbeza. Seringkali kita salah jika menganggap bahawa rumah keluarga akan kekal di tangan keturunan untuk selama-lamanya. Realitinya, kehidupan dan pilihan anak-anak kita mungkin membawa mereka ke tempat-tempat yang tidak kita jangkakan.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, apabila melibatkan rumah Leasehold di satu-satu kawasan, tiada keperluan untuk merasa bimbang. Anda boleh membelinya tanpa perlu risau mengenai kekurangan hartanah berstatus Leasehold. Rumah Leasehold masih boleh menjadi pilihan yang baik dan memberikan peluang pelaburan yang menguntungkan. Penting untuk menilai kelebihan dan kekurangan setiap jenis pemilikan hartanah sebelum membuat keputusan, dan jika rumah Leasehold menawarkan kelebihan yang sesuai dengan keperluan anda, maka pembelian itu boleh menjadi langkah yang bijak.


Catatan Penulis: Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan. Individu perlu berunding dengan pakar kewangan atau perunding hartanah sebelum membuat keputusan pembelian hartanah. eBook Hartanah di Perak